suria

Bintang Filem India, Rekha Jadi Anggota Dewan Negara

Rekha
Rekha
Rekha

NEW DELHI: Bintang filem popular India, Rekha Ganesan, 57, mengangkat sumpah pada Selasa sebagai anggota Rajya Sabha atau Dewan Negara India.

Sepanjang 40 tahun dalam bidang seni ini, beliau berlakon dalam lebih 180 filem dan watak lakonannya sering menjadi sebutan seperti dalam filem Khubsoorat (1980), Khoon Bhari Maang (1988), Khiladiyon Ka Khiladi (1988) serta Kama Sutra: A Tale of Two Love pada 1996, sebuah drama dokumentari Amerika.

Beliau dicalonkan menjadi anggota Rajya Sabha bersama Sachin Tendulkar, pemain kriket India, yang dianggap pemukul terbaik sepanjang zaman dan pakar industri Anu Aga. Sachin dijadualkan mengangkat sumpah Rabu.

Pencalonan tiga personaliti terkemuka ini diluluskan bulan lepas oleh Presiden Pratibha Patil di bawah Perkara 80 Perlembagaan yang membolehkan presiden mencalonkan 12 orang ke Dewan Negara yang mempunyai 250 anggota. -BERNAMA

Artikel Lain