suria

Seorang Lagi Suspek Kes Culik Nayati Ditahan

PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hanya perancang utama dalam kes penculikan itu yang masih bebas dan dipercayai telah melarikan diri ke Eropah.

Pada 27 April, Nayati diculik oleh dua lelaki ketika sedang berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara dekat rumahnya di sini.

Nayati ditemui selamat di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh pada pagi 3 Mei lalu selepas penculik menerima wang tebusan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain