suria

PM Berlepas Ke London Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam Ahad berlepas ke London, United Kingdom, untuk lawatan kerja dua hari mulai Isnin.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.15 malam Ahad.

Lawatan Najib ke London adalah atas jemputan Putera Wales, Putera Charles bagi menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.

Penganugerahan tersebut adalah amat signifikan memandangkan ia merupakan kali pertama ia diberikan kepada mana-mana institusi Islam di United Kingdom sejak penganugerahan Piagam Diraja oleh pihak diraja United Kingdom sejak tahun 1231. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain