suria

Lelaki Hilang Di Hutan Rimba Templer Ditemui

Hardip ditemui di tebing sungai dekat lereng bukit dalam keadaan kesejukan dan kelaparan.
Hardip ditemui di tebing sungai dekat lereng bukit dalam keadaan kesejukan dan kelaparan.
Hardip ditemui di tebing sungai dekat lereng bukit dalam keadaan kesejukan dan kelaparan.

KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif sebuah syarikat cari gali minyak dan gas tempatan yang dilapor hilang semasa mendaki bukit di Hutan Taman Rimba Templer, Rawang, Rabu lepas ditemui pada Ahad.

Hardip Singh, 51, ditemui pada pukul 12 tengah hari oleh beberapa Orang Asli yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata Hardip Singh ditemui di tebing sungai dekat lereng bukit dalam keadaan kesejukan dan kelaparan.

"Ketika ditemui, dia memeluk batu. Orang Asli yang menemuinya kemudian memaklumkan kepada pasukan penyelamat lain," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata, Hardip Singh yang dalam keadaan trauma, cedera di bahagian tangan, bahu kiri dan kedua-dua lutut selepas dikatakan terjatuh kira-kira tiga meter dari bukit itu, dihantar ke Hospital Selayang.

Mohd Sani berkata, pasukan penyelamat yang memulakan pendakian sejak Khamis mengambil masa dua jam setengah untuk membawa lelaki berkenaan turun dari bukit itu.

Seramai 150 anggota dari pelbagai agensi terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat Hardip Singh yang dilapor hilang selepas memasuki Hutan Taman Rimba Templer secara bersendirian pada pukul 5.30 petang Rabu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain