suria

Hentian Pedas Linggi Lebuhraya Utara-Selatan Ditutup Dua Hari Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Hentian Sebelah Pedas Linggi di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara mulai Selasa hingga Rabu ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Konsesi utama lebuh raya PLUS Expressways Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan pada Isnin, berkata penutupan hentian di kedua-dua arah iaitu Km 230.3 arah selatan dan Km 225.5 arah utara akan bermula dari pukul 7 pagi hingga 4 petang.

Sehubungan semua pemandu dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka serta mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak PLUS, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain