Pasangan Suami Isteri Maut, 17 Cedera Termasuk Tiga Parah Dalam Kemalangan - Semasa | mStar

Pasangan Suami Isteri Maut, 17 Cedera Termasuk Tiga Parah Dalam Kemalangan

IPOH: Sepasang suami isteri terbunuh, manakala 17 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspress dan lori di Km 45.2 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Gua Badak, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Manab Bahrum berkata, pemandu lori Ong Khian Hock, 51, dan isterinya Loh Weng Chan, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mereka berasal dari Taman Pengkalan Makmur, Taiping.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita.

Abdul Manab berkata kejadian berlaku pada pukul 6 pagi ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gerik dikatakan bertembung dengan lori yang dipandu Ong Khian Hock yang sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Lenggong.

Abdul Manab berkata, mereka yang cedera parah ialah pemandu bas Azmi Abdul Rahman, 48 dan dua penumpangnya Norliza Che Moh, 40, Fadilah Mahmud, 43 dan dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Seramai 14 lagi penumpang dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Gerik.

Mereka adalah antara 38 anggota wanita Umno Bahagian Gerik yang sedang dalam perjalanan pulang ke Gerik selepas menghadiri majlis ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Akibat kejadian itu kedua-dua kenderaan itu remuk di bahagian hadapan dan penumpang bas yang terperangkap dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Lenggong. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain