suria

Jurutol Cedera, Pondok Tol Dirempuh Treler

IPOH: Seorang jurutol yang sedang bertugas cedera di bahagian tangan kanan apabila sebuah treler merempuh pondok tol di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, Ahad.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, treler yang membawa muatan atap itu dari Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu merempuh pondok tol itu sehingga runtuh.

Menurut saksi yang enggan dikenali, jurutol hanya mengalami kecederaan di lengan dan beberapa jurutol lain masih terkejut dengan kejadian itu.

"Petugas tol itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala treler juga tidak mengalami kerosakan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain