suria

Irene Disoal Siasat SPRM Selama 90 Minit

PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Tenanganita Irene Fernandez telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kenyataannya bahawa Malaysia bukan tempat yang selamat bagi pekerja asing.

Irene berkata dia memberitahu SPRM pekerja asing sering berdepan dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Rela dan diminta untuk mengemukakan dokumen.

"Apabila pekerja meminta agensi-agensi penguatkuasaan ini memberi pengenalan, mereka ditampar dan dipukul kerana bertanyakan soalan itu.

"Mereka dicari dan wang diambil daripada mereka. Ini adalah apa yang saya beritahu SPRM," katanya, Jumaat, di ibu pejabat SPRM di sini selepas temubual 90 minit dengan suruhanjaya itu.

SPRM mencari maklumat berhubung wawancaranya dengan The Jakarta Post, yang telah diterbitkan semula oleh beberapa akhbar Malaysia.

Dalam laporan itu, Irene mendakwa, antara lain, Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia kerana ia tidak mempunyai rangka kerja undang-undang atau undang-undang khusus melindungi pekerja asing.

Adalah difahamkan bahawa suruhanjaya itu berminat menyiasat pertuduhan rasuah dan berharap Irene boleh menyediakan mereka dengan maklumat.

Irene berkata dalam temu bual dengan SPRM, dia memetik enam kes rasuah yang melibatkan agensi-agensi penguatkuasa yang berurusan dengan pekerja asing sebagai contoh.

Katanya, para pekerja tidak dapat mengenal pasti mereka kerana para pegawai enggan mendedahkan identiti mereka.

Di Petaling Jaya, MCA Selangor berkata pihaknya mahu polis menyiasat kenyataan Irene.

Ketua Biro Pengaduan Awam, Datuk Theng Book berkata jika tuntutan-tuntutan itu tidak berasas, pihak polis mesti menyiasat kerana membuat dakwaan menghasut.

Artikel Berikut

Artikel Lain