suria

Pesawat Pertama A380 MAS Sedia Untuk Penghantaran

KUALA LUMPUR: Pesawat A380 yang pertama untuk Malaysia Airlines (MAS) telah kembali ke Toulouse, Perancis selepas selesainya hias semula dalaman dan ujian sistem kabin.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, MAS berkata pesawat itu kini di tempatkan di laluan penerbangan Airbus untuk pemeriksaan akhir sebelum bermulanya proses penerimaan pengguna dan penghantaran pada akhir bulan.

Syarikat penerbangan negara ini akan menjadi pengendali kelapan A380 dan akan memulakan perkhidmatan komersil antara Kuala Lumpur dan London pada 1 Julai tahun ini.

Keseluruhannya, syarikat penerbangan ini telah menempah enam A380 dan mengkhususkan lakaran tiga kelas premium untuk pesawat, dan boleh menampung 494 penumpang.

MAS A380 dikuasakan oleh enjin 900 Rolls-Royce Trent. - BERNAMA

Artikel Lain