Wanita Maut Ditetak Dua Warga Asing

KUALA LANGAT: Seorang wanita maut selepas diserang dan ditetak di kepala dengan parang oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian awal pagi Khamis, di Taman Yayasan, Jenjarom di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika wanita warga tempatan berusia 36 tahun itu mahu mengunci pintu rumah yang didiami bersama ibu angkatnya.

"Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ketika menerima rawatan," katanya di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua suspek terbabit yang masing-masing bersenjatakan sebilah parang menyerbu ke dalam rumah mangsa sebaik mangsa mahu mengunci pintu.

"Mangsa dipercayai dibunuh akibat dendam kerana tiada harta benda yang dilaporkan hilang," katanya.

Beliau berkata usaha mengesan kedua-dua suspek terbabit sedang dilakukan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain