suria

Polis Pengawal Didakwa Bunuh Rakan Setugas Di Istana Anak Bukit

ALOR SETAR: Seorang anggota polis menghadapi pertuduhan membunuh rakannya yang ditemui mati dengan kesan tembakan ketika kedua-dua mereka melakukan tugas pengawasan di Istana Anak Bukit bulan lepas.

L/Kop Rosli Abu Hassan, 25, didakwa membunuh Kons Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, kira-kira pukul 5.45 petang pada 26 April, di pintu hadapan Istana Anak Bukit.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Majistret Mohd Azhar Hamzah menetapkan 14 Jun untuk sebutan semula.

Artikel Lain