suria

Polis Johor Tubuh Pasukan Khas Siasat Kejadian Di Pulau Rawa

JOHOR BAHARU: Polis Johor telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan terhadap kejadian pergaduhan yang berlaku di sebuah pusat peranginan di Pulau Rawa, berhampiran Mersing Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Sharif berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 452 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini seramai sembilan orang saksi ini telah dirakamkan percakapan mereka untuk membantu siasatan," katanya di dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau berkata sehingga hari ini, polis telah menerima sembilan laporan berkaitan kejadian itu yang dibuat saksi rakyat Malaysia yang berada di pulau terbabit ketika kejadian.

Bagaimanapun, polis sehingga kini belum menerima laporan termasuk daripada mangsa atau pihak lain yang berkaitan, katanya.

Media melaporkan kejadian pergaduhan itu melibatkan sekumpulan warga asing yang bekerja di Singapura dan pengawal peribadi rombongan diraja. - BERNAMA

Artikel Lain