suria

Penutupan Lorong Sehingga 31 Mei Di LATAR Expressway

KUALA LUMPUR: Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR Expressway) akan menutup lorong secara berperingkat di beberapa bahagian laluan utama mulai Khamis hingga 31 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LATAR, Amran Amir dalam kenyataan berkata, penutupan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan jalan bagi memastikan pemanduan yang selesa, lancar dan selamat bagi pengguna.

Katanya semasa tempoh tersebut, pengguna diminta mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan kelajuan kenderaaan serta mematuhi arahan papan tanda.

"Pemandu juga diminta berwaspada dengan maklumat menerusi Paparan Elektronik (VMS) yang terletak di kawasan strategik di sepanjang lebuh raya itu," katanya.

Pengguna lebuh raya itu boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi LATAR di talian 03-6145 1515 atau melayari laman sesawang www.latar.com.my atau www.facebook.com/latar-expressway. - BERNAMA

Artikel Lain