suria

Majlis Kerabat Diganggu Warga Asing Sehingga Timbul Kekecohan

KUALA LUMPUR: Kerabat diraja dan pegawai keselamatan tampil mendedahkan versi pergaduhan yang berlaku di antara empat warga asing dan pengawal peribadi rombongan diraja di sebuah resort pelancongan di pulau Rawa Johor.

Mereka berkata ia bermula apabila warga asing mencetuskan kekecohan dan mengganggu keluarga diraja dan tetamu-tetamu mereka yang sedang makan di pulau peranginan dengan kata-kata kesat pada malam Jumaat lalu.

Salah seorang daripada warga asing dilihat menceroboh bot yang dimiliki oleh Sultan Johor yang berlabuh di jeti dan cuba mencekik anak kapal yang cuba menghalangnya daripada menceroboh bot itu.

Kejadian yang menunjukkan kebiadaban rakyat asing - warganegara British, Perancis dan Jerman yang bekerja di Singapura membawa kepada pergaduhan yang berakhir dengan sekurang-kurangnya dua ekspatriat cedera, kata pegawai, Rabu.

Warga asing terbabit dihantar pulang ke Singapura manakala dua daripada mereka dirawat di hospital. Seorang warga Jerman masih berada di wad.

'Singapore Straits Times' memetik seorang lelaki British berusia 28 tahun sebagai berkata pengawal peribadi telah menyerang dia dan kawan-kawannya di resort terbabit.

"Mereka merentap lengan saya, mengelilingi saya dan menendang kemaluan saya untuk melumpuhkan saya terlebih dahulu, kemudian barulah berlaku serangan," kata warga Britain ini yang tidak mahu dikenali.

Pelancong itu berkata dia bersama tiga rakan, semuanya berusia lingkungan 20an, sedang makan malam pada malam Jumaat ketika kumpulan VIP Malaysia tiba dengan rombongan yang besar dan "mereka mula bermain muzik hip-hop".

Kemudian, katanya, dua daripada mereka telah dijemput untuk minum, tetapi keadaan menjadi kucar-kacir apabila rakan Jerman berkata sesuatu.

Akhbar itu memetik dia sebagai berkata: "Kawan saya sedang berbual dengan VIP dan sepupunya apabila seorang lelaki yang kelihatan agresif datang entah dari mana dan menamparnya.

"Saya tidak tahu apa tentang perbualan tersebut kerana saya berada di meja lain, tetapi ada sesuatu yang tidak betul telah dikatakan."

Orang asing itu diminta untuk meninggalkan pulau itu selepas menyelesaikan bil dan kemudiannya membuat laporan polis Singapura dan mengemukakan aduan kepada kedutaan.

Walau bagaimanapun, pegawai keselamatan mempertikaikan pengakuan warga asing ini.

Mereka berkata warga asing asing telah mengganggu dan mengasari ahli-ahli keluarga diraja dan tetamu-tetamu mereka yang sedang makan makan di resort di-kira pukul 11 malam.

Mereka berkata salah seorang daripada mereka mendekati ahli keluarga diraja dan bertanya tentang status kerabat sebelum menunjukkan isyarat lucah.

"Selepas menunjukkan isyarat jari, lelaki itu menjerit perkataan kesat kepada kerabat.

"Ini membuatkan semua orang di sana marah dan berlaku pergaduhan," kata seorang pegawai keselamatan rasmi.

Pegawai berkata, seorang pengawal peribadi menyaksikan penghinaan oleh warga asing dan membawa kepada pergaduhan.

Mereka berkata warga asing terbabit cedera selepas melompat ke atas batu karang dan dirawat oleh seorang doktor dalam rombongan diraja.

Menurut pegawai, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, apabila dimaklumkan tentang kejadian itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi Sabtu, berasa sedih dan bertanya adakah hotel memastikan keselamatan tetamu mereka.

Ketua Polis Johor Timbalan Comm Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan kejadian itu dan berkata sembilan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak.

Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 452 Kanun Keseksaan.

"Kami masih belum menerima apa-apa laporan daripada empat orang warga asing," katanya.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi British di Singapura berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa Malaysia. The Straits Times juga melaporkan bahawa kedutaan Jerman turut terlibat.

Kejadian pada Jumaat merupakan insiden kedua melibatkan ahli keluarga diraja di Pulau Rawa.

Pada tahun 2005, enam lelaki mengganggu perkahwinan pasangan Brazil di resort dan didakwa menyerang tetamu.

Artikel Lain