suria

Lelaki Bunuh Kanak-Kanak Didakwa

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Khamis, kerana membunuh seorang kanak-kanak perempuan bulan lalu.

Abdul Aziz Abdullah, 44 dari rumah bernombor 01-10 Blok 12, Jalan Desa Mutiara 7, Taman Desa Mutiara Taman Desa Mutiara yang ditahan pada 26 April, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Nur Jalilah Abdullah, 12, di rumahnya pada 1 tengah hari 25 April lalu.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. Majistret Noor Aisyah Ahmad menetapkan 28 Jun sebagai tarikh sebutan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Artikel Lain