suria

Jangan Jadi Contoh 'Penyakit' Sammy (Kerispatih)

Sammy Simorangkir
Sammy Simorangkir
Sammy Simorangkir

ADOIII...

BEKAS penyanyi kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir dari Indonesia berkata pengalamannya dipecat daripada kumpulan itu adalah lebih perit berbanding tempoh enam bulan ditahan di penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Ini bermakna Sammy merasakan jiwanya sakit apabila rakan-rakan dia menendangnya keluar daripada kumpulan tersebut. Penyakit seperti ini memang bahaya.

Alasannya cukup mudah. Sammy bukanlah manusia yang boleh dijadikan contoh kepada anak-anak muda pada hari ini. Seseorang yang terlibat dengan perbuatan jenayah ataupun penyalahgunaan dadah perlu disingkirkan jauh-jauh kerana ia adalah satu sikap dan perbuatan yang tidak bermoral.

Sammy bukanlah contoh terbaik malah artis-artis lain juga yang terlibat dengan jenayah dan dadah tidak boleh menjadi contoh melainkan kalau dia benar-benar insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Dalam hal ini, langkah yang dibuat oleh anggota Kerispatih memanglah tepat. Takkanlah seorang yang disahkan oleh polis sebagai penagih dadah dan dihumban ke dalam penjara perlu diberi ruang membawa nama sebuah kumpulan yang menjadi kegilaan anak-anak muda?

Dan sepatutnya Sammy menjadikan kejadian itu untuk bermuhasabah diri, melihat balik keburukan dirinya agar ia tidak berulang kerana seseorang artis itu dianggap ikon kepada remaja.

Tapi sayang sekali Sammy memperlihatkan sikap buruknya apabila dia merasakan dibuang daripada Kerispatih itu memberi tekanan lebih hebat daripada menjadi penagih dadah sehingga dia terpaksa meringkuk dalam penjara.

Orang yang seperti ini seharusnya tidak dibenarkan memijak kakinya ke negara ini. Artis-artis Malaysia yang dibawa masuk ke dalam lokap walaupun untuk tempoh tidak sampai seminggu, sudah berasa serik.

Sepatutnya Sammy merasakan enam bulan dalam tahanan itu lebih perit kehidupannya kerana dia sumbat ke penjara disebabkan kesilapannya sendiri.

Dia sepatutnya melihat kesilapan itu sebagai noktah untuk menjauhi tabiat menagih dadah dan meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu dan bukannya selepas keluar daripada penjara terpaksa meratapi kesedihan kerana tidak lagi bergelar penyanyi berkumpulan.

NIEZAM: Sudah hilang semua sakit-sakit...

Artikel Lain