suria

Irene Fernandez Tegaskan Malaysia Tidak Selamat

PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia bukan negara yang selamat untuk pekerja asing terutamanya mereka di sektor tidak formal.

Beliau merujuk kepada sektor tidak formal seperti pembantu rumah kerana kumpulan pekerja dalam kumpulan berkenaan tidak mempunyai majikan seperti yang diiktiraf di sisi undang-undang.

Bagaimanapun beliau berkata, bahagian-bahagian tertentu temubualnya seperti yang dilaporkan Jakarta Post telah disalah tafsir terutama tuduhan membabitkan polis dan mahkamah dalam mengendalikan isu pekerja asing.

Menerusi sidang media pada hari Rabu, Fernandez turut mengkritik sistem negara ini yang tidak mempunyai rangka kerja undang-undang yang sepatutnya membabitkan hak-hak pekerja asing dan pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

"Siapa yang mencemarkan negara jika bukan kerajaan sendiri.

"Saya tidak melihat tindakan saya ini sebagai tidak patriotik. Saya boleh dikatakan sebagai seorang yang tidak patriotik jika saya berdiam diri dan tidak memperbetulkan apa yang salah," katanya.

Artikel Lain