suria

Naib Presiden DAP Akan Digugurkan Jawatan Sebagai Senator

GEORGE TOWN: Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dijangka digugurkan daripada jawatan sebagai senator.

Difahamkan, tempoh penggal beliau yang akan berakhir 30 Mei ini tidak akan diperbaharui.

Nasib sama turut menanti Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff.

Kedua-duanya dilantik sebagai senator oleh kerajaan negeri.

Tunku Abdul Aziz membuat kenyataan mengejut apabila membantah perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, 28 April lalu walaupun DAP menyuarakan sokongan penuh terhadap perhimpunan itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng akan membentangkan satu usul pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Rabu untuk mencalonkan pakar akademik, Ariffin Omar dan bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud untuk menggantikan Tunku Abdul Aziz dan Mustafa Kamal.

Artikel Lain