Dalang Kes Culik Nayati Lari Ke Luar Negara - Semasa | mStar

Dalang Kes Culik Nayati Lari Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR: Dalang di sebalik kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar telah melarikan diri ke luar negara selepas kanak-kanak berkenaan dibebaskan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin bagaimanapun berkata polis akan meminta bantuan Interpol untuk mengesan individu terbabit.

Katanya lagi sehingga kini polis telah menahan lima suspek, termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.

Mereka telah ditahan dalam operasi berbeza di Kuala Lumpur dan Perak.

Nayati, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara dekat rumahnya di sini, ditemui selamat di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan pada 7.55 pagi, 3 Mei lepas.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain