suria

Nik Aziz Dakwa Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan Berat Sebelah

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa fatwa pengharaman mengenai perhimpunan haram yang disokong pembangkang pada 28 April lalu oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah bersifat berat sebelah.

Dalam kenyataan melalui laman sosial Facebooknya, Nik Abdul Aziz berkata fatwa berkenaan dikeluarkan dengan hanya menggunakan 'sebelah mata' sahaja.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?" katanya dalam kenyataan tersebut.

Semalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Nik Abdul Aziz sebelum ini mengeluarkan "fatwa" yang membenarkan umat Islam menyertai perhimpunan haram itu yang turut dibidas oleh beberapa tokoh agama termasuk di negeri ini. -BERNAMA

Artikel Lain