suria

Naza TTDI Terima Anugerah Emas Antarabangsa Eropah 2012

KUALA LUMPUR: Naza TTDI Sdn Bhd menerima anugerah antarabangsa tahunan 'Arch of Europe' dalam kategori emas sebagai pengitirafan terhadap iltizam syarikat itu kepada kualiti, kepimpinan, teknologi dan inovasi.

Anugerah itu diserahkan kepada Pengarah Pembangunan Strategi dan Hal Ehwal Korporat Naza TTDI, Mohamad Zahari Harun, di Konvensyen Ke 38 arah panduan inisiatif perniagaan (BID) di Frankfurt, Germany, pada 30 April lepas.

Naza TTDI, dalam satu kenyataannya hari ini berkata anugerah itu diserahkan kepada Mohamad Zahari oleh presiden BID, Jose E.Priento. Anugerah yang sama juga diterima oleh beberapa buah syarikat lain dari Eropah, Amerika Syarikat, Afrika, Ocenia dan Asia Barat.

Menurut Mohamad Zahari, Jawatankuasa anugerah antarabangsa 'Arch of Europe' mengakui sumbangan kukuh syarikat itu terhadap mengekalkan mutu dan usahanya untuk terus memperbaiki proses perkhidmatan.

"Anugerah antarabangsa ini memberi kebanggaan kepada Naza TTDI yang sentiasa mempertahankan amalan menjaga kualiti produk supaya setanding dengan keluaran syarikat-syarikat lain di dunia," katanya. BERNAMA

Artikel Lain