Kastam Kedah Rampas Dadah Bernilai RM1.2 Juta - Semasa | mStar

Kastam Kedah Rampas Dadah Bernilai RM1.2 Juta

ALOR SETAR: Kastam Diraja Malaysia Kedah mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 kilogram bernilai hampir RM1.2 juta oleh seorang wanita warga Vietnam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam Sabtu lepas.

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata wanita berusia 43 tahun itu ditahan ketika pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap beg pakaiannya di laluan pejalan kaki di kompleks itu kira-kira 12.45 tengah hari.

Beliau berkata anggota kastam yang melakukan pemeriksaan itu merasa curiga kerana beg tersebut didapati terlalu berat manakala pakaian milik suspek tidak begitu banyak.

Katanya hasil pemeriksaan lanjut dalam beg berwarna hijau oleh Unit Narkotik Kastam, mendapati satu bungkusan lutsinar yang dibalut dengan menggunakan pita pelekat berwarna coklat bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

"Dadah tersebut disorok pada bahagian bawah beg sebelum diletakkan satu lapisan petak yang digam bersama bungkusan dadah sementara pakaian milik suspek diletakkan di bahagian atas bagi mengelak dikesan," katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Negeri di sini, Selasa.

Abd Aziz berkata wanita tersebut yang mempunyai dua anak lelaki di Vietnam dipercayai membawa dadah tersebut dari negaranya melalui Thailand untuk masuk ke negara ini dengan menaiki kereta sewa.

Beliau percaya suspek merupakan keldai dadah dipercayai akan berhenti di perhentian bas Changlon sebelum membawa dadah tersebut kepada satu sindiket untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

Katanya ketika ditahan pihaknya suspek hanya berdiam diri serta tidak membantah seolah-olah telah mengetahui kesalahannya menyeludup masuk dadah berbahaya ke negara ini.

Suspek direman selama lapan hari bermula 5 Mei lepas hingga 12 Mei ini bagi membantu siasatan. Abd Aziz berkata kes akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan dikenakan hukuman mati mandatori. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain