suria

Kaji Had Laju Jalan Sejajar Kemajuan Teknologi Automotif

KUALA LUMPUR: Kadar had laju bagi semua jalan raya perlu dikaji dan ditetapkan semula agar lebih praktikal mengikut keadaan jalan dan kemajuan industri automotif, serta jumlah pengangkutan di jalan raya, cadang seorang anggota Dewan Negara.

Senator Rohani Abdullah berkata, terdapat jalan raya yang masih menggunakan had kelajuan 60 kilometer sejam (60kmj), seperti 30 tahun lalu sedangkan laluan itu telah dinaiktaraf kepada dua daripada satu lorong sebelumnya.

Katanya, semua pihak sedar yang kelajuan boleh membunuh tetapi had laju yang tidak wajar juga memungkinkan berlakunya kemalangan.

"Sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan agar satu kajian yang menyeluruh dari segi had laju bagi semua jenis jalan raya iaitu jalan bandaran, negeri, persekutuan dan lebuh raya dibuat supaya lebih praktikal," katanya.

Beliau membahaskan Rang Undang-Undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 2012 di Dewan Negara di sini, Selasa.

Rohani turut mencadangkan supaya kurikulum sekolah memandu ditambah baik dan peranan sekolah memandu diperkasakan, bukan hanya sekadar melatih pemandu untuk memandu dan mendapat lesen memandu tetapi juga melatih mereka menjadi seorang pemandu yang cekap, berhemah dan bertanggungjawab.

Artikel Lain