Bicara Kes Hasbie 25 September - Semasa | mStar

Bicara Kes Hasbie 25 September

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 25, 27 dan dan 28 September ini sebagai tarikh perbicaraan kes Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menghadapi 28 tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram.

Hakim Mohd Fadhir Harun memutuskan sedemikian ketika kes itu disebut di hadapannya pada Selasa.

Timbalan Pendakwa Raya Hazril Harun hadir bagi pihak pendakwaan sementara Hasbie diwakili peguam Y. Sheelan Samuagam.

Pada 20 Mac lepas, Hasbie, 39, mengaku tidak bersalah terhadap 28 tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 hingga 18 Jun 2009.

Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh sedang dibicarakan atas satu lagi tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM2.134 juta di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Azmin 'Si Tanggang Moden' - Hasan Ali

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain