suria

Wan Azizah Nasihat Azmin Jumpa Ibu

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan timbalannya, Azmin Ali supaya menziarahi ibunya yang sudah sembilan bulan tidak dijenguknya.

"Sebagai seorang anak, sudah menjadi tanggungjawab untuk melawat ibunya," kata Wan Azizah yang dipetik daripada akhbar Sinar Harian, malam Ahad.

Dr Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas rayuan ibu Azmin, Che Tom Yahya, 78, yang mahu anaknya bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga.

Che Tom menyatakan rasa kesal dengan tindakan Azmin yang tidak menziarahinya sejak sekian lama walaupun dia terlantar sakit dan dimasukkan ke hospital.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata, kali terakhir dia bertemu Azmin pada sambutan Hari Raya tahun lalu.

"Dia masih anak saya. Jika dia kembali ke pangkuan keluarga, saya akan menerimanya," kata Che Tom dalam sidang media di kediamannya, Sabtu.

Artikel Lain