suria

Hujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat, Kesesakan Teruk

PETALING JAYA: Hujan lebat sepanjang malam menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

Ia turut menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan utama pada pagi Isnin.

Menerui Twitter yang dihantar oleh pengguna jalan raya, kesesakan teruk berlaku di Lebuhraya Duke, laluan Gombak menuju ke Petaling Jaya dan Jalan Kelang Lama menghala ke Kuala Lumpur.

Banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Kuching, sebelum susur ke bulatan Segambut.

Terowong SMART dalam laman webnya memaklumkan bahawa penutupan terowong itu dilakukan kerana hujan lebat dan membolehkan sistem tebatan banjir beroperasi.

Terowong itu dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas ditutup 2 Mei lalu.

Bagaimanapun, Twitter dari KL Traffic dan AMP Radio kemudiannya memberitahu bahawa terowong itu dibuka semula untuk kedua-dua arah.

Artikel Lain