suria

Suruhanjaya Integriti Ada Kuasa Siasat Aduan Salah Laku Penguatkuasa

PETALING JAYA: Orang ramai kini mempunyai ruang untuk membuat aduan mengenai sebarang salah laku oleh pihak polis dan pegawai penguatkuasa lain.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan pada April tahun lepas yang diterajui oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Helilah Mohd Yusof dengan enam pesuruhjaya serta satu pasukan yang terdiri daripada 26 orang yang akan "menguatkuasakan undang-undang ke atas penguatkuasa".

EAIC, yang merupakan badan berkanun, mempunyai bidang kuasa lebih daripada 19 agensi penguatkuasaan, termasuk Polis, Jabatan Imigresen, Kastam dan Rela.

Helilah memberi jaminan dengan mengatakan: "Identiti pengadu akan dilindungi dan disimpan sulit. Kami juga mempunyai peruntukan undang-undang untuk bertindak terhadap mereka yang mengancam, mencederakan atau menyenaraihitamkan pengadu yang memberi keterangan kepada EAIC."

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 Seksyen 44 menyatakan bahawa sesiapa yang mengugut, menghina atau mencederakan orang untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya itu akan berhadapan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM100,000.

Helilah berkata, EAIC juga mempunyai kuasa untuk menghukum pegawai tertuduh yang menolak untuk menghadiri pendengaran.

Merujuk kepada perhimpunan Bersih minggu lepas, Helilah berkata, mereka ingin mengadu secara sahih mengenai salah laku polis harus tampil ke hadapan untuk memfailkan aduan kepada suruhanjaya tersebut.

"Kemudiannya, kami boleh memulakan siasatan berhubung dakwaan mereka," katanya, sambil menambah bahawa badan-badan seperti Majlis Peguam juga boleh membuat aduan kepada suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun, Helilah menegaskan bahawa pengadu mesti mempunyai alasan yang konkrit untuk aduan mereka dan bersedia mengikuti siasatan tersebut.

"Kita kena pastikan pengadu membuat laporan dan mendedahkan butiran penuh mereka, butir-butir kejadian dan sokongan fakta serta bukti," katanya.

"Suruhanjaya akan bertindak ke atas aduan dengan penuh tanggungjawab dan integriti. Kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan laporan akan dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan."

Beliau berkata kepada orang ramai: "Jika anda cukup serius mengenai sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai penguat kuasa, anda perlu mengadu untuk perhatian kami, bukan hanya merungut dan mengkritik mengenainya.

"Juga, jangan takut tentang kelewatan atau konflik kepentingan daripada melaporkannya kepada suruhanjaya. Aduan yang sahih akan disiasat segera."

EAIC digubal berdasarkan syor daripada suruhanjaya diraja bagi suatu tribunal bebas kepada polis pada tahun 2005.

Bagaimanapun, terdapat bantahan terhadap cadangan itu yang menyaksikan penggubalan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, bagi memberikan skop yang lebih luas kepada badan itu.

Mereka yang mempunyai pertanyaan atau ingin memfailkan aduan dengan EAIC boleh menghubungi talian hotline di 03-8888 6618, e-mel [email protected], tweet www.twitter.com / eaic_gov atau melawat www.facebook.com/ eaic.

Artikel Sebelum

Artikel Lain