Isu Azmin: Zuraida Kecewa MB Selangor Lepas Tangan - Semasa | mStar

Isu Azmin: Zuraida Kecewa MB Selangor Lepas Tangan

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kecewa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran sikap sambil lewanya berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkan pemimpin kanan parti itu melakukan aksi panas bersama seorang wanita.

Menurut Zuraida, ulasan ringkas Abdul Khalid boleh memberi ruang kepada masyarakat untuk membuat tafsiran negatif terutama apabila ia membabitkan dakwaan isu moral Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali.

"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin agak mengecewakan bagi pihak kami.

"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid pada sidang medianya Rabu lalu yang hanya menjawab 'no comment' apabila ditanya pemberita mengenai isu penyiaran gambar dan berita yang mengaitkan Mohamed Azmin bersama seorang wanita.

Selain itu Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menegur Abdul Khalid agar lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan khususnya kepada media.

"Jadi saya kecewa kerana ianya akan kecilkan hati Azmin yang banyak berjuang dalam parti.

"Saya kesal, sepatutnya Menteri Besar seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi komen agar tidak memberi tanggapan negatif kepada masyarakat umum atau media. Dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kita mesti duduk dalam satu saf...saya kesal sedikit," katanya berulang kali.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain