suria

Reman Polis Tembak Rakan Setugas Di Istana Anak Bukit Disambung

ALOR SETAR: Perintah reman terhadap seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang terbabit dalam kes tembak rakan setugas di Istana Anak Bukit 26 April lalu disambung tujuh hari lagi bermula pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata reman itu disambung kerana polis memerlukan sedikit masa lagi bagi melengkapkan siasatan.

Mahkamah Majistret sebelum ini mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap lelaki berusia 25 tahun itu yang berakhir hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang 26 April lalu, Konstabel Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain