Dua Pengawal Keselamatan Ditahan Bantu Kes Mesin ATM Dipecahkan - Semasa | mStar

Dua Pengawal Keselamatan Ditahan Bantu Kes Mesin ATM Dipecahkan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pengawal keselamatan bagi membantu siasatan kejadian sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang dipecahkan serta wang RM190,000 dilarikan di Mid Point, Ampang Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata kedua-dua suspek berumur 29 dan 41 tahun itu ditahan serta-merta di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, tiada rampasan dilakukan terhadap kedua-dua suspek dan polis masih melakukan siasatan terperinci terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program tinjauan di sekitar Ampang Point di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi Isnin lepas, perompak dipercayai memasuki pasar raya itu melalui pintu sisi sebelum mengumpil dan memecahkan mesin ATM berkenaan sebelum melarikan wang tunai RM190,000 dalam ATM itu.

Sementara itu, Amiruddin berkata kadar jenayah di sekitar Ampang Jaya turun 2.6 peratus di mana 1,457 kes dilaporkan sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini berbanding 1,969 kes dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain