Bayi Lapan Bulan Maut Terkena Renjatan Elektrik - Semasa | mStar

Bayi Lapan Bulan Maut Terkena Renjatan Elektrik

ALOR SETAR: Seorang bayi, Syahmina Zulaika Hazim Akmal yang berusia lapan bulan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah neneknya di Kampung Lancok Tok Leed, Pokok Sena dekat sini pagi Khamis.

Bayi berkenaan maut serta merta dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu dipercayai terpegang wayar sambungan yang tersorok di belakang sebuah almari di ruang tamu rumah tersebut.

Dia turut luka di tangan kirinya.

Ibu saudaranya, Siti Hajar Idris, 26, berkata ketika kejadian, Syahmina Zulaika dijaga oleh seorang lagi ibu saudaranya iaitu Noor Aina Rusli, 14, manakala datuk dan neneknya tiada dirumah kerana keluar menoreh.

Ketika kejadian mangsa dikatakan ditinggalkan bermain bersama kakaknya Sofina Zulaika, 3, di ruang tamu manakala Noor Aina ke dapur untuk menyediakan makanan kepada Sofina yang lapar. "Sofina kemudian datang kepada Noor Aina untuk memberitahu yang adiknya tidur.

"Apabila Noor Aina pergi ke ruang tamu, dia kemudiannya mendapati Syahmina sudah tidak bernyawa lagi dengan badannya mempunyai bintik kemerahan sementara tangannya terlekat pada wayar," kata Siti Hajar ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Noor Aina yang panik dengan keadaan itu dikatakan telah mengangkat bayi tersebut untuk diselamatkan tetapi dia juga turut terkena renjatan elektrik namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke hospital berkenaan oleh jiran-jiran yang pihak hospital mengesahkan kematiannya.

Siti Hajar berkata bayi tersebut yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dijaga oleh datuk dan neneknya kerana bapanya Mohd Azim Akmal Rusli, 23, keluar bekerja sebagai pendawai elektrik manakala ibu bayi itu sedang menjalani kursus di Pulau Pinang.

Jenazah Syahmina dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Baru, Pokok Sena kira-kira pukul 5.30 petang tadi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain