suria

Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Ke Atas Lima Lelaki

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, Rabu mengekalkan hukuman mati ke atas lima lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh dan mengedar dadah.

Rayuan terakhir lima lelaki itu ditolak oleh tiga panel lima lelaki berasingan yang diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, selepas memutuskan bahawa bukti terhadap lima orang itu cukup kukuh sabitan mereka tepat.

Pengawal keselamatan P. Vellertore, 52, yang dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 7 April, 2010, bila dia didapati bersalah membunuh tiga orang anaknya, kira-kira tujuh tahun lalu, adalah seorang daripada lima itu.

Ia disabitkan kesalahan membunuh Rudraa Kumar, enam; Kesappata, lima; dan Harini, three; dengan mencekik mereka di rumahnya di Taman Muhibah, Kulai, Johor antara 10.30 pagi dan 3.30 petang pada 20 November, 2004.

Bukti menunjukkan ia mencekik mereka sebelum cuba menggantung dirinya sendiri. Vellertore juga memaksa anak perempunannya, Revathy, 13, menggantung dirinya.

Dia diselamatkan oleh seorang jiran yang mendengarnya menjerit meminta tolong sementara Vellertore koma.

Vellertore dikatakan telah melakukan perbuatan itu akibat kecewa oleh kerana isterinya telah meninggalkannya dua minggu sebelum itu.

Malanjum berkata tidak ada asas untuk menolak keterangan pakar sakit jiwa yang memeriksa Vellertore.

Pakar itu berkata walaupun dia (Vellertore) berada dalam keadaan kecewa, keadaan mentalnya mantap.

Beliau berkata kemurungan boleh menyebabkan seseorang itu membunuh anaknya dan membunuh diri tetapi orang yang mengalami kemurungan tahu akan kesan tindakannya.

Empat lelaki lagi itu, adalah berkaitan dengan dua kes mengedar dadah berasingan.

Dalam kes pertama, pengutip hutang Ong Lock Soon disabitkan kesalahan dan dihukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Ogos, 2006 kerana mengedar 821.9 gram heroin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada 8.30 malam 28 Februari, 2002.

Sementara satu kes lagi melibatkan pengimpal Mohd Rizal Masiran, 28; Shuhaizal Shuaib, 33; dan Mohd Razip Mohd Ali, 42; yang disabit kesalahan dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 November, 2009 kerana mengedar 2,710 gram kannabis di Taman Klebang Jaya, Chemor, Perak pada 8.45 mlm 29 Oktober, 2002. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain