Koleksi Kertas Percubaan PMR & SPM Sekolah Berasrama Penuh Boleh Dikongsi Pelaja Sekolah Harian - Semasa | mStar

Koleksi Kertas Percubaan PMR & SPM Sekolah Berasrama Penuh Boleh Dikongsi Pelaja Sekolah Harian

KUALA LUMPUR: Buku Siri Koleksi Kertas Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Penilaian Menengah (SPM) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bukan sahaja boleh diguna pakai untuk pelajar di SBP malah boleh dikongsi bersama dengan pelajar sekolah harian.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata melalui buku itu, pelajar sekolah harian dapat berkongsi rahsia kecemerlangan pelajar SBP. "Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap pelajar yang berazam dan bercita-cita untuk meraih kejayaan cemerlang. "Menerusi penggunaan buku ini pelajar dapat mengukur kesediaan diri masing-masing untuk menghadapi peperiksaan," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran buku Siri Koleksi Kertas Percubaan PMR dan SPM Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Legasi Kepimpinan Pengetua Cemerlang Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke-31 di sini, Khamis.

Buku Siri Koleksi Kertas Percubaan PMR dan SPM SBP yang diterbitkan oleh Cerdik Publications Sendirian Berhad merupakan penerbitan pertama di negara ini yang kini boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh negara.

Judul dalam siri ini terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, dan Bahasa Arab bagi peringkat PMR. Manakala peringkat SPM pula terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Teknologi Kejuteraan, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Buku Legasi Kepimpinan Pengetua Cemerlang Malaysia pula mengandungi maklumat yang dimuatkan dengan informasi yang berkaitan sejarah kewujudan pengetua SBP dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan oleh Pengetua sekolah dalam menjalankan tugas.

Buku ini adalah hasil kerjasama antara syarikat penerbitan Cerdik Publications Sendirian Berhad dengan Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain