UPP Perlis Tahan 35 Pati Warga Myanmar - Semasa | mStar

UPP Perlis Tahan 35 Pati Warga Myanmar

KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis awal Selasa menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk ke negara ini melalui pagar sempadan di kawasan ladang tebu Chuping dekat sini.

Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, tangkapan dibuat kira-kira pukul 3.50 pagi ketika anggota UPP sedang membuat rondaan khas semasa cuti hujung minggu atau cuti umum.

Beliau berkata, anggota UPP itu bertembung dengan PATI berkenaan sebelum mereka bertempiaran lari, namun setelah dikepung akhirnya sebanyak 35 orang termasuk dua wanita berumur 16 hingga 35 tahun berjaya diberkas.

Katanya, pihak UPP Perlis percaya terdapat kira-kira 100 PATI yang meninggalkan Myanmar sejak 10 hari lalu berkumpul di sebuah ladang pisang di selatan Thailand sebelum menunggu masa sesuai dibawa masuk oleh tekong mereka secara haram ke Malaysia bertujuan mencari kerja.

Beliau memberitahu, setakat ini pada tahun ini UPP Perlis berjaya menahan 264 PATI yang kebanyakannya warga Myanmar.

Katanya, semua yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen. - BERNAMA

Artikel Berikut

Warga Emas Dijumpai Mati Kenderaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan