suria

Universiti Limkokwing Tawar Biasiswa Bernilai RM5.8 Juta Untuk Pelajar India

CYBERJAYA: Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (Limkokwing) telah memperuntukkan RM5.8 juta kepada pelajar Malaysia keturunan India mengikuti pengajian lepasan ijazah dan diploma di universiti itu.

Naib Presiden Kanan (Pembangunan Korporat) universiti berkenaan Datuk Gail Phung berkata jumlah itu termasuk RM850,000 sebagai tambahan 20 biasiswa penuh tahun ini iaitu 10 bagi lepasan ijazah dan 10 bagi pengajian diploma bermula 21 Mei ini.

Ketika ini, katanya, seramai 70 pelajar India mengikuti pengajian sejak 2010 iaitu 40 yang menerima biasiswa penuh dan 30 menerima biasiswa sebahagian bernilai RM3.8 juta.

"Sehingga kini Yayasan Kecemerlangan Kreatif Limkokwing telah menawarkan biasiswa bernilai lebih RM50 juta," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Phung berkata sejak awal tahun ini, yayasan tersebut telah memberi biasiswa bernilai RM15 juta kepada 700 pelajar baharu mengikuti kursus kreatif antaranya teknologi multimedia, fesyen, bidang penyiaran dan kewartawan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Tinggi Pemuda MIC, M. Mahaganapathy meinta belia keturuan India merebut peluang yang ditawarkan oleh universiti berkenaan. "Ini merupakan julung kali universiti itu tampil untuk menawarkan biasiswa kepada belia keturunan India mengikuti program lepasan ijazah," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain