suria

Pesta Kerjaya Pemuda BN Tawar 70,000 Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR: Pekerjaan dalam sektor pertanian adalah antara 70,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan menerusi Pesta Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 selama tiga hari bermula 11 Mei ini di Stadium Bukit Jalil.

Pengerusi pesta kerjaya itu, Nazir Hussin Husin berkata pesta kali ini turut menawarkan banyak peluang pekerjaan baru berbanding sebelumnya.

"Kita turut membawa masuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi di bawahnya untuk memberikan nasihat kepada siswazah serta orang ramai mengenai pinjaman pertanian serta peluang pekerjaan dalam sektor itu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Pemuda BN, Jobs DB Malaysia Sdn Bhd dan Redtone International Bhd.

Nazir menandatangani bagi pihak Pemuda BN, Jobs DB oleh Pemangku Pengurus Besar Steven Seek dan Redtone oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Lau Bik Soon.

Jobs DB merupakan enjin portal carian kerja yang akan bekerjasama dengan Redtone yang akan memberi sokongan teknikal untuk proses pengisian borang dan pelbagai sokongan lain bagi aplikasi kerjaya secara talian.

PEMUDA KERJAYA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR Nazir yang juga anggota exco Pemuda Umno berkata kemasukkan ke pesta itu adalah percuma dan pencari kerja perlu membawa resume masing-masing untuk temuduga.

Seek berkata Jobs DB akan memperkenalkan sistem profil yang diberi nama Radar bagi membantu 200,000 pengguna mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran mereka secara serentak. BERNAMA

Artikel Lain