Pengarah Syarikat Didakwa Pecah Amanah Lebih RM350,000 - Semasa | mStar

Pengarah Syarikat Didakwa Pecah Amanah Lebih RM350,000

PETALING JAYA: Seorang pengarah di sebuah syarikat pengurusan acara pada Rabu dihadapkan ke empat Mahkamah Sesyen berlainan di sini terhadap sembilan pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM350,000 dua tahun lepas.

Bagaimanapun Lee Che Fai, 40, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan empat hakim berlainan.

Lee, yang merupakan pengarah di Syarikat Scorpion Brand Communication Sdn Bhd didakwa terhadap sembilan pertuduhan pecah amanah di mana dia telah menandatangani beberapa cek yang kesemuanya bernilai RM386,000 dengan memasukkan kesemua cek itu ke dalam akaun Ambank miliknya.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di syarikatnya di K-G-18, Blok K Taipan Damansara 2, Jalan PJU 1A/1 Ara Damansara, Petaling Jaya dekat sini antara 2 Dis 2010 hingga 21 September 2011.

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Munir Abdullah yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik kepada polis sepanjang siasatan selain tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Keempat-empat mahkamah tersebut membenarkan jaminan berjumlah RM66,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh empat Timbalan Pendakwa Raya iaitu Ching Kian Chun, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, Siti Aishah Ab Rashid dan Zhafran Rahim Hamzah. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'