suria

Mayat Pelajar Lemas Ketika Cari Kepah Di Sg Kerak Ditemui

MARANG: Mayat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Marang yang lemas ketika mencari kepah di Sungai Kerak, di sini semalam ditemui pada Rabu.

Mayat Md Harith Iskandar, 14, ditemui terapung-apung kira-kira jam 5.35 petang kira-kira 150 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Rozizah Abni Hajar berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) untuk bedah siasat.

"Pihak kami menyambung kerja-kerja menyelamat kira-kira jam 8 pagi tadi setelah menhentikan operasi mencari kira-kira jam 7 malam semalam," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mangsa dilaporkan lemas kira-kira 2.45 petang semalam ketika bersama enam rakannya mencari kepah selepas selesai menghadiri program gotong-royong di sekolahnya. -BERNAMA

Artikel Lain