suria

MAS, Air Asia Umum Batal Tukar Saham Hari Ini

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Bhd bersetuju membatalkan perjanjian pertukaran saham antara kedua-dua syarikat penerbangan itu, kata sumber.

Khazanah Nasional Bhd dan Tune Air Sdn Bhd dijangka mengumumankan pembatalan tersebut pada Rabu.

Sehubungan itu, urus niaga saham kedua-dua syarikat penerbangan terbabit di Bursa Malaysia digantung bermula jam 9 pagi ini.

Pada Ogos 2011, pemegang saham terbesar MAS, Khazanah Nasional Bhd. bersetuju untuk menukar saham dengan Tune Air Sdn. Bhd, pemegang saham terbesar Air Asia.

Hal ini menyaksikan Khazanah mendapat 10 peratus (%) kepentingan di Air Asia manakala Tune Air mendapat 20.5% kepentingan dalam MAS.

Khazanah juga bersetuju untuk memperoleh 10% kepentingan di Air Asia X, anak syarikat Air Asia yang menguruskan penerbangan jarak jauh dengan bajet rendah.

Satu Rangka Kerja Kerjasama yang Komprehensif (CCF) turut ditandatangani yang menyasarkan untuk merealisasikan penjimatan dan meningkatkan hasil dalam pembelian kapal terbang, kejuruteraan, perkhidmatan sokongan bawahan, perkhidmatan kargo, katering dan latihan dalam kalangan tiga syarikat penerbangan tersebut.

Artikel Lain