suria

Perhimpunan Sempena Hari Pekerja Gagal Dapat Sambutan

KUALA LUMPUR: Perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan bagi menyambut hari pekerja pada Selasa tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan oleh pihak penganjur.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bermula dengan perarakan dari Pasar Seni ke dataran Menara Maybank, Puduraya hanya disertai oleh kira-kira 500 peserta berbanding 2,000 peserta yang dijangkakan oleh penganjur.

Perhimpunan yang berlangsung selama dua jam bermula pukul 10 pagi itu turut diisi dengan persembahan drama dan nyanyian selama 10 minit menceritakan sejarah pembentukan pergerakan buruh dunia, di hadapan ibu pejabat Maybank.

Mereka yang berpakaian baju-t merah turut mengedar risalah mengenai tuntutan mereka yang antara lain meminta hak pekerja warga asing di negara ini diwujudkan selain menekankan keperluan menjaga hak pekerja wanita.

Kira-kira 20 anggota polis memantau perhimpunan itu dari jauh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain