suria

Peniaga Kayu Ditemui Mati Akibat Ditikam

IPOH: Seorang peniaga kayu ditemui mati akibat ditikam di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini awal pagi Selasa.

Jaswant Singh, 40, ditemui mati di bilik tidurnya dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam dengan pisau di bahagian perutnya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim.

Polis telah menahan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun yang datang ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian itu, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Dzuraidi berkata, polis turut menemui dua bilah pisau yang mempunyai kesan darah di padang permainan berhampiran taman perumahan itu.

Katanya pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini itu kini ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain