Gaji Minimum Demi Masa Depan Pelaburan Negara - Awang Adek - Semasa | mStar

Gaji Minimum Demi Masa Depan Pelaburan Negara - Awang Adek

KOTA BARU: Pengumuman gaji minimum sektor swasta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, perlu dilihat daripada sudut masa depan pelaburan negara dan rakyat secara keseluruhan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata keputusan itu juga adalah satu kewajaran yang dilihat dapat memberi kebaikan kepada pekerja sektor swasta.

"Tidak ada erti pembangunan kalau gaji pekerja kita rendah. Ini akan memastikan pelaburan bagi syarikat yang mahukan prestasi yang tinggi dan ini bagus untuk kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Larian Bendera sempena ulang tahun ke-66 Umno peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Semut Api di sini, Selasa.

Malam Isnin, Najib mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta adalah sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

Awang Adek berkata mungkin akan ada segelintir pelabur mungkin akan memilih negara lain yang gaji pekerjanya masih rendah seperti China berbanding Malaysia, namun beliau yakin kerajaan akan melaksanakan langkah untuk memastikan pelabur tidak lari.

"Tetapi kita (Malaysia) tidak boleh bergantung kepada gaji murah untuk selama-lamanya. Tidak ada ertinya pembangunan kalau gaji rakyat kita rendah," katanya.

Beliau berkata gaji minimum itu demi kehidupan yang agak selesa kepada pekerja di sektor swasta terutama mereka yang sudah berkeluarga.

Sementara itu Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan "fatwa" mewajibkan anggota parti itu menyertai perhimpunan di ibu negara Sabtu lepas, sebagai pelik.

"Kalau Nik Aziz kata wajib kenapa dia sendiri tidak berada bersama-sama peserta perhimpunan itu. Ini membuktikan kenyataan dia wajib kepada penyokong dia sahaja tetapi tidak wajib kepada pemimpin mereka," katanya.

Fatwa itu jelas mengelirukan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain