Tayang Rakaman Video Demonstrasi Bersih 3.0 - PM - Semasa | mStar

Tayang Rakaman Video Demonstrasi Bersih 3.0 - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad malam. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri). --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad malam. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri). --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Rakaman video demonstrasi Bersih 3.0 akan disiarkan untuk tontonan umum bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap insiden yang berlaku di ibu negara Sabtu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata langkah berkenaan bagi mengelak insiden itu dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam terutama berhubung kekecohan yang berlaku di perhimpunan tersebut.

"Rakyat menuntut kepada ketelusan, jadi kita akan tunjukkan rakaman bagi membolehkan mereka membuat penilaian terhadap apa yang berlaku pada hari tersebut.

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Ahad malam.

Dalam pada itu Najib yang juga Presiden Umno turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan liar sebahagian peserta demonstrasi Bersih 3.0 termasuk serangan ke atas anggota polis.

"Mungkin bukan semua tapi kesudahannya adalah satu keadaan yang sedikit sebanyak mencalar imej negara...polis menjadi mangsa, telah dipukul dan sebagainya," katanya.

Malah Najib turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung sebarang tindakan keterlaluan terhadap orang awam termasuk pengamal media yang turut tercedera.

"Saya prihatin untung nasib wartawan yang jalankan tugas. Kena siasat, tak boleh semberono... mesti siasatan adil dan objektif.

"Peguam Negara kena buat keputusan berdasarkan fakta dan bukan emosi dari cerita tersebar sebab ia tak betul sama sekali," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada demonstrasi itu akan menimbulkan keraguan untuk membubarkan Parlimen seterusnya melewatkan Pilihan Raya Umum ke-13, Najib berkata "Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah."

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain