suria

Rakaman Video Didakwa Tunjukkan Pemimpin PKR Hasut Rempuh Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Laman media Sosial dihangatkan dengan "bukti baru" bahawa pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Azmin Ali didakwa menghasut untuk merempuh Dataran Merdeka yang membawa kepada huru-hara.

Satu video di YouTube http://www.youtube.com/watch?v=lAUsvSs4ric menggambarkan Anwar berpakaian kuning - menunjuk isyarat ke Dataran Merdeka dan kemudian membuat isyarat baru dengan kedua-dua belah tangan kepada Azmin.

Azmin, yang berdiri, memberi respons dengan mengangkat ibu jarinya ke arah padang dan mengangguk-angguk beberapa kali, dan kemudian membongkok untuk bercakap dengan seorang lelaki berpakaian kuning bersebelahan dengannya.

Lelaki itu, yang didakwa pengguna Twitter sebagai ahli PKR Seremban, mengalihkan besi penghadang dan meluru ke Dataran Merdeka, diikuti pengikut yang ramai.

Kurang dua minit kemudian, meriam air dilepaskan.

Walaupun perhimpunan Bersih pada Sabtu bermula sebagai satu perhimpunan aman, apabila penunjuk perasaan melanggar sempadan Dataran Merdeka, polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Media massa sebelum ini melaporkan bahawa ia percaya orang ramai menjadi tidak terkawal selepas mendengar ucapan oleh Azmin, yang meminta penunjuk perasaan sama ada mereka mahu "menduduki Dataran Merdeka".

Soalan beliau disambut dengan laungan "hancur rempuh, buka Pagar".

"Dataran tidak dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia milik rakyat," katanya kepada orang ramai di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Comm Datuk Mohmad Salleh berkata mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengambil tindakan tegas kerana orang ramai telah mula membaling objek dan menuju ke arah Dataran Merdeka.

Ketua Bersih S Ambiga mengakui kepada pemberita, Ahad, bahawa penyokong telah melanggar halangan di sekitar Dataran Merdeka, melanggar perintah mahkamah bahawa ia telah ditutup untuk perhimpunan awam, sebelum polis bertindak balas.

Beliau juga menjelaskan orang ramai telah diarahkan oleh jawatankuasa Bersih untuk tidak memasuki dataran bersejarah tanpa kebenaran polis.

Ahli jawatankuasa Bersih Wong Chin Huat telah dipetik dalam portal berita mengatakan bahawa penganjur "hilang kawalan" terhadap peserta perhimpunan.

Klip video itu didapati pada awal petang, serta dikirimkan di Facebook, Twitter, dan YouTube; menyebabkan pengguna Twitter dapat menangkap adegan yang berkaitan.

Sementara itu, Azmin telah menafikan menghasut penunjuk perasaan untuk merempuh halangan polis, dan berkata beliau cuba untuk berunding dengan pihak polis untuk membiarkan penunjuk perasaan ke Dataran Merdeka, The Star melaporkan, Isnin.

Artikel Lain