suria

Mesin ATM Dipecahkan, Wang Tunai RM190,000 Lesap

KUALA LUMPUR: Wang tunai kira-kira RM190,000 lesap apabila sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Pandan Indah di sini, diumpil dan dipecahkan perompak awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Superitendan Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian hanya disedari pada pukul 7.50 pagi oleh pengawal keselamatan pasar raya itu semasa pertukaran syif.

"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati perompak memasuki pasar raya itu melalui pintu sisi sebelum mengumpil dan memecahkan mesin ATM tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Amiruddin berkata, pasar raya itu juga tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup. - BERNAMA

Artikel Lain