suria

Jakim Tiada Kuasa Larang Peniaga Islam Buka Gerai Di Kedai Bukan Islam

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk melarang peniaga Islam khususnya peniaga makanan untuk berniaga di mana-mana lokasi, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata, Jakim sebaliknya hanya boleh memberi nasihat kepada peniaga berkenaan supaya tidak menjalankan perniagaan di tempat yang meragukan.

Pada masa sama, Jakim juga tidak membenarkan pemilik kedai makanan bukan Islam memaparkan sebarang perkataan yang menggambarkan perniagaan mereka halal seperti kalimah 'Bismillah' dan 'Assalamualaikum' kerana terdapat peniaga Islam di premis berkenaan.

"Dalam hal ini para pengguna sendiri harus peka dengan logo dan sijil halal," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir peniaga beragama Islam yang membuka gerai makanan di premis menjual makanan bukan Islam seperti yang banyak berlaku di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

Artikel Lain