Pengusaha Restoran Rugi RM100,000 Dapur Terbakar - Semasa | mStar

Pengusaha Restoran Rugi RM100,000 Dapur Terbakar

GEORGE TOWN: Seorang pengusaha restoran di Jalan Kapitan Keling kerugian lebih RM100,000 apabila dapur kedai sewaanya hangus terbakar di sini, Sabtu. Mangsa, Hong Tian Hock, 56, berkata pada kejadian pukul 4.30 petang itu, salah sebuah tong gas di dapur meletup menyebabkan api merebak pantas hingga memusnahkan keseluruhan ruang dapur rumah kedai dua tingkat itu.

"Api turut merebak hingga naik ke salah sebuah bilik di tingkat atas. Mujurlah pada masa itu anak dan isteri ada di bawah," katanya kepada pemberita.

Hong yang masih trauma bagaimanapun bersyukur kerana tiada kecederaan dan kehilangan nyawa ekoran insiden itu.

"Semasa kebakaran, anjing kesayangan kami terperangkap dalam bilik di tingkat atas, syukurlah dengan tindakan pantas bomba ia dapat diselamatkan dan api dapat dikawal daripada merebak ke tempat lain.

Sementara itu jurucakap bomba berkata, tiga buah jentera dan 27 anggota dari Balai Bomba Jalan Perak dan Lebuh Pantai dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa 20 minit dan punca sebenar tong gas itu meletup masih dalam siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain