suria

Lebih 900 Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan -KDN

PUTRAJAYA: Bagi tempoh 2008 sehingga semalam, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 981 mangsa pemerdagangan orang termasuk 122 kanak-kanak.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata turut diselamatkan 599 wanita serta 260 lelaki dan kesemua mangsa mendapat Perintah Perlindungan Tetap serta ditempatkan di rumah perlindungan.

Bagi tempoh itu juga sebanyak 465 kes dilapor dan disiasat dengan 650 tangkapan, katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, di sini, Jumaat.

Katanya pihak berkuasa juga menghadapkan 419 ke mahkamah dan daripada jumlah 64 telah diselesaikan, 79 disabitkan kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Bagi kes penyeludupan migran pula, sebanyak 31 kes dilaporkan dan disiasat dari 15 Nov 2010 sehingga semalam, yang mana 46 tangkapan dilakukan dengan 663 migran didapati diseludup. -BERNAMA

Artikel Lain