suria

Empat Termasuk Dua Kanak-Kanak Terbunuh Dalam Kemalangan Di Perak

IPOH: Empat orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan lori di Km 84.6 Jalan Gerik-Lenggong pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Manaf Baharom berkata mereka yang terbunuh dikenali sebagai Chiam Cheng Lye, 48, Chiam Young Dee, 2, Armoei Saie Lee, 36 dan seorang lagi kanak-kanak berusia setahun yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Mereka berasal dari Klang, Selangor. Beliau berkata dalam kejadian tengah hari itu, tiga daripada mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala seorang lagi meninggal ketika dirawat di Hospital Gerik.

Abdul Manaf berkata mangsa yang cedera merupakan penumpang kereta berkenaan yang dikenali sebagai Lim Chim Thiam, 49, dan Chiam Guat Wah, 46, manakala dua lagi yang cedera ialah pemandu lori berkenaan G. Kumarisan, 28, dan kalindannya A. Ravikumar, 26, dari Bagan Serai.

Beliau berkata kejadian dilaporkan berlaku berlaku kereta Toyota Camry yang dalam perjalanan dari Lenggong ke Gerik bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

Akibat kejadian itu bahagian hadapan kedua-dua kenderaan terbabit remuk dan kesemua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat. -BERNAMA

Artikel Lain