suria

Petugas Kelab Golf Di Seremban Maut Dihempap Pokok Sena

SEREMBAN: Seorang petugas sebuah kelab golf di sini maut selepas dihempap pokok sena yang ditebangnya di kawasan kelab itu petang Khamis.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku pukul 2.30 petang ketika Shahrin Buang, 50, bersama empat rakannya sedang menebang sebatang pokok sena di kawasan kelab itu.

"Mangsa tidak sempat melarikan diri ketika pokok itu tumbang dan dihempap dahan pokok tersebut," katanya di sini, Jumaat.

Jurucakap itu berkata Shahrin yang berasal dari Kampung Jiboi Baru mengalami cedera parah pada bahagian kepala, meninggal dunia di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain